SEJARAH SEKOLAH


SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Menengah Tunku Panglima Besar mula ditubuhkan pada tahun 1962 dengan nama Sekolah Pelajaran Lanjutan Kulim kerana sekolah ini menjadi tempat pelajar-pelajar menyambung pelajaran mereka selepas tidak berjaya dalam SPM. Pada tahun 1965 nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Menengah Kulim (SMK) dengan para pelajarnya terdiri daripada lepasan SPM. Mulai tahun 1968 sistem persekolahan telah dimulakan setakat peringkat menengah rendah iaitu dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3 sahaja. Sisitem ini berlanjutan sehingga ke tahun 1973 dimana ambilan pelajar tingkatan 4 dimulakan dan kumpulan pertama pelajar mengambil SPM adalah pada tahun 1974.
            Pada 06 Mei 1991 nama sekolah ini telah ditukar sekali lagi kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Panglima Besar (SMKTPB) iaitu mengambil sempena gelaran kepada Yang Teramat Mulia Almarhum Tunku Yaakub Alhaj iaitu kekanda kepada bekas Perdana Menteri pertama Malaysia Almarhun Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj. Pertukaran nama sekolah ini telah dirasmikan oleh Dato’ Yusof bin Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Negeri Kedah Darulaman.  Pada masa sekarang gelaran Tunku Panglima Besar  disandang oleh  Yang Teramat Mulia  Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Ibni Tuanku Abdul Halim Mu’adzan Shah.  Pertukaran nama ini  telah dapat mengatasi kekeliruan di antara sekolah ini dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim (SMKK) yang terletak berjiran.  
Pada tahun 2002 sekolah ini telah dipilih untuk melaksanakan projek perintis bagi Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di daerah Kulim Bandar Baharu dan seterusnya  tahun 2003 kelas tingkatan 6 aliran Sastera telah mula ditawarkan.

No comments:

Post a Comment